Anak saya Autism spectrum disorder (ASD) sekarang berusia 6 tahun. Sekolah Tadika biasa (terima kasih guru tadika yang sudi terima anak kami selepas beberapa tadika reject)
Al kisahnya, anak saya ini hanya boleh mengira sampai sepuluh, bila masuk sebelas dia jadi malas. Hilang tumpuan dan larikan diri.
Semalam orang rumah belikan buku Connection dot to dot dari 10 hingga 20. Dia cukup suka melukis sambil mengira dah telah berjaya menghintung sampai dua puluh.
Jadi sebelum ini pelukan 10 saat dah naik kepada pelukan 20 saat.
Alhamdulillah.
Note: Sebelum ini anak tak suka dipeluk lama-lama, tapi bila dia tahu mengira satu hingga sepuluh, maka dia sudi dipeluk selama 10 saat dengan syarat kena mengira bersamanya, Alhamdulillah sekarang dia dah sudi dipeluk selama 20 saat.
Jadi sangat berterima kasih kepada Muhammad Iman yang sangat 'sibuk' dengan dunianya tapi masih sudi peluk ayah selama 20 saat.
Woha!
Ps: Saya sebagai penulis buku Autobiography (dah ada 10 tajuk buku di pasaran) ada azam nak tulis buku tentang anak autism tahun depan, jika Tuan Puan ada pengalaman didik anak autism dan nak share dalam buku tersebut boleh mesej saya di FB, Jika sesuai dengan konsep akan saya kongsikan dalam buku tersebut, bagi yang mahu belajar menulis pula saya akan adakan bengkel menulis buku pada 9 Feb 2019 (hari sabtu) bertempat di perpustakan Kuantan Pahang, yuran Rm60 sahaja. Terima kasih atas perkongsian tuan puan selama ini disini, banyak saya belajar dari perkongsian tuan puan sekalian, Terima kasih.
#hamkakeretamayat
#anakautisme